Friday, February 11, 2011


JIKA CINTA DIA


Ehemm .. ehemm .. februari datang lagi! Bulan penuh
cinta dan cukup mengasyikkan bagi you all sedang di
buai cinta . Mencintai dan dicintai adalah proses saling
berkongsi, saling memberi inspirasi serta saling
memahami di antara satu sama lain.

C.I.N.T.A selalu hadir dalam suka dan duka,
penuh kelembutan, setia, tulus serta jujur .
Namun, perjalanan cinta tidak selamanya
berjalan dengan lancar. Ada-ada sahaja dugaan 
serta halangan yang mendatangi kita. Tapi sabar k !

C.I.N.T.A memeng indah! Lebih-lebih lagi, kalau apa yang kita rancang itu
semuanya sama sama dengan ketentuan Tuhan :) . Namun jika sebaliknya jangan terus 
bersedih yer. Manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan
segalanya .
   Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum
menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya bertemu dengan insan 
yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat itu serta
mengakui hakikat bahawa ada hikmah disebalik ujian tersebut.

Kita juga tidak pernah tahu bila akan jatuh cinta atau kembali jatuh cinta lagi.
Namun, apabila sampai saat itu, raihlah dengan hati yang terbuka dan jangan 
biarkan ia pergi jika you all C.I.N.T.A dia..... Katakan C.I.N.T.A itu dengan indah..
Maklumlah C.I.N.T.A ni ibarat kopi panas yang diminum... lama-lama tu boleh jadi 
ketagih dibuatnya.!. Hehhehe... :)

No comments:

Post a Comment