Sunday, October 16, 2011

cinta sebuah mimpi indah
tersergam dengan berjuta rasa
mainan perasaan santun jiwa
varia rindu yang datang
bermakna apabila bersama
bererti tatkala berpisah

cinta convas rasa jiwa
simbahan janji-janji manis terukir
menyetap tikaman hati dan batin kalbu
seribu dakapan memori
masih mencengkam langit kalbu

serpihan kejujuran pengikat cinta
lelap dalam harizan asmara
nyalaan kebahagiaan menyala
di tepian baldu rindu
begitukah kekuatan cinta?

sebenarnya itu bukan cinta
cuma gelora rasa
yang penuh madah pujangga
ombak yang menghayutkan
khayalan sebentar
membuat jiwa gelisah menjadi tenang
:-D
saya masih mentah ketika itu, detik hitam yang membelenggu diri saya sentiasa menghantui saya.
sepanjang tiga tahun lalu saya kurang senang melelapkan mata.hampir saban malam sukar tidur lena kerana menghipit peristiwa hitam itu.
saya masih ingat lagi ketika dia datang dalam hidup kami sekeluarga,wajahnya nampak baik tetapi sayang tidak menggambarkan langsung sikap buruknya itu.sehingga pada suatu malam tiga tahun yang lalu,kebetulan mama keluar berkerja pada waktu malam,saya didatangi di bilik tidur,saya fikir dia hanya mahu bertanyakan mengenai keadaan saya tetapi sangkaan saya ternyata meleset.
insan yang selama ni yang saya sangka baik rupanya bertopengkan haiwan.sanggup dia menganiya saya dan meragut kesucian saya.saya menceritakan berdetik hitam kepada mama,pada mulanya dia tak percaya tapi setelah disiasat dan diselidik,rupanya suami barunya itu memang berperangai syaitan.lantas,mama mengambil keputusan meninggalkan untuk kebaikan kami berdua.saya tahu mama sedih tetapi apakan daya,ia untuk kebaikan msa depan saya juga.saya berharap mama akan dipertemukan dengan insan yang lebih mulia dan baik :-D rekaan semata-mata