Monday, February 14, 2011




CINTA

cinta ibarat api,air dan angin
bersemarak seperti api membara
ketika cinta teguh bersemi
ada ketikanya dilanda ombak gemersik..
percintaan juga ibarat air mengalir
ada pasang dan surutnya
dan terakhirnya berlalu seperti
angin berkecai di persimpangan jalan
tidak kira di mana tempatnya
tidak kira bila waktunya
bila sahaja wujud cinta kebahagian
pasti menjelma..
mungkin itulah penghayatan 
kebahagian dan keindahan..
yang dinimati pasangan bercinta
dan cinta satu keindahan yang
tiada tolok bandingnya..
satu kepedihan yang
tidak pernah wujud saingannya..
panas,sepanas mentari yang memancar
sejuk,sesejuk salji yang membeku
berbisa lebih dari segala racun
berpenawar lebih mujarab dari segala
penawar..
cinta ia seglanya di dunia ini
yang mengalaminya dapat menghayatinya
apa itu cinta,siapakah cinta
dimanakah cinta sejati
cinta manusia,cinta tuhan,cinta sahabat
cinta ayah dan ibu..
sekalian manusia dilahirkan untuk cinta
sekalian makhluk wujud hanya untuk cinta
agungkah kata-kata cinta itu
hingga terkapai-kapai mencari erti cinta..
benarkah cinta itu amat agung
tanpa cinta apalah erti hidup
hidup akan sepi tanpa kehadiran cinta
cinta dinilai dari sudut mata hati
cinta lahir dari hati yang ikhlas
cinta hadir tanpa dipaksa
ada yang sanggup berkorban
demi mencapai kebahagiaan itu
PENGORBANAN CINTA SANGATLAH BERERTI..

No comments:

Post a Comment